AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Tuesday, 6 November 2012

Carrot Cake

teringin nak rasa kek keret..google dalam tenet resepinya rupanya mudah saja:






Resepi:

2 cawan marjerin
1 cawan gula perang (kurang manis)
2 cawan tepung gandum (ayak)
2 cawan keret (parut halus)
2 cawan kacang (walnut, almond, dll)
1 cawan nenas dalam tin (kotsuka)
4 biji telur
1 st esen vanilla
1 cawan fresh cream
1 1/2 st baking powder(ayak)
1 st soda bikarbonat (ayak)
1 st sebuk kulit kayu manis 
2 sb serbuk koko (kotsuka)

Topping:

250 gm cheese cream
1 cawan non diary whipped cream

Cara:
  1. Panaskan oven 170 darjah
  2. Pukul marjerin dan gula hingga kembang dalam kelajuan sederhana
  3. Masukkan telur. Putar lagik
  4. Masukkan semua bahan yang lain kecuali cream cheese dan whipped cream. Kacau sebati
  5. Masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam. Sejukkan
  6. Putar cream cheese dan whipped cream sehingga sebati.Hiaskan dengan cream 

Monday, 5 November 2012

Cheese Cake




Pertama kali aku buat ciskek yang kena bakar..alhamdulillah sedap jugak la..rasa dah jadi dah...

Resepi:

Bahagian Dasar:

500 gm Biskut Marrie (kisar halus)
250 gm Butter


Bahagian Atas:

500 gm Cream Cheese
3/4 tin susu pekat manis
1 sb perahan lemon
3 biji telur
1 st esen vanilla
2 sb tepung jagung


Cara:

  1. Panaskan ketuhar 170 darjah
  2. Putar butter sehingga kembang
  3. Masukkan serbuk biskut Marrie. Kacau mengunakan spatula
  4. Setelah sebati masukkan kedalam loyang.Tekan sehingga mampat.Biarkan.
  5. Untuk bahagian atas, putar semua bahan sehingga sebati dan kembang.
  6. Tuang keatas dasar kek
  7. Bakar selama 45 minit.
  8. Hias sesuka hati



Saturday, 3 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN



Pejam celik pejam celik rupanya dah menghampiri  penghujung tahun 2012..Rasa macam baru sangat frust bila tengok result petukaran guru 2012 yang aku tak dapat tukar.Awal tahun beriya-iya aku frust tuptup dah habis dah setahun kat sini..Alhamdulillah perjalanan tahun 2012 lancar sangat...syukur sangat-sangat. 

Walaupun tahun 2013 pun takdak rezeki untuk bertukar, aku ok aja..Takdak perasaan pun sebenarnya. Ok aku nak catat kat sini pasal jamuan akhir tahun yang lepas. Hari Jumaat bertempat di Puncak Mutiara Cafe,  (PMC) di Kg. Pelet, Bukit Mertajam, Penang lah tempat kejadiannya.Foooh semangat. Jauh la pulak. Tapi nasib baik la bas disediakan pihak MGKT Smkc. Bayaran RM50 sahaja. Sehari sebelum pergi terpikir pulak nak bawak anak sulung. So, bayar la RM100.


pinjam gambar dari fb kawan



So, pada hari yang dijanjikan maka tunggulah kami di Plaza Tol Jitra(tol singgitnam). Dalam pukul 9.25 pagi  macam tu bas pun sampai. Kami naik bas no 12. Drebar& Ass.Drebar sangat tak mesra alam..Bawak pulak laaju. Kecut perut. dengar kata drebar bas no 15 laaagi hampeh...hmmm


Rupanya jauh jugak dari highway nak masuk kampung Pelet ni...memang tak cam la kalau nak drive sendiri..Yang aku ingat akan jumpa Penanti pastu jumpa jirat Cina atas bukit..Kg Pelet belah kiri. Nak masuk kedalam pun jenuh jugak dengan jalan sempit lagi.

Dalam pukul 11.20 pagi sampai la kami sini...fooh 2 jam dalam bas memang kebas la habis satu badan. Restoren ni konsep dia cacamerba...macam dalam rimba pun ada, macam mini zoo pun ya jugak sebab ada kandang kambing, ada kolam ikan, macam2 lagi la.. Maskot dia kucing gemok nama Zaza kot...Chumel putih gebu gemoks... 



Untuk sesi makan-makan keluarga, aku sangat mengesyorkan tempat ini kerana ianya sangat sesuai sekali dengan tema kekeluargaan. Terdapat banyak pondok pondok yang boleh dipilih sesuai dengan selera permandangan masing masing untuk menikmati juadah yang dipesan. Tapi jangan risau la kandang kambing ni jauh la sikit dari tempat makan. So, udara adalah tidak tercemar dengan bau-bauan yang tidak menyenangkan.

Kemudahan sini adalah lengkap.Surau bersih..Toilet bersih. Tapi ibubapa jangan pulak biar anak-anak kecil main tanpa pengawasan sebab banyak kolam disini. Menu makanan kat sini sangat banyak pilihan. Eksotik, barat, masakan kampung semua ada. Pilih saja.











Menu yang disediakan pun nak kata sedap sangat pun dak jugak.. Aku punya kambing..Tapi rasanya nasi kambing di Restoren Arabian Fried Chicken sedap lagi. Murah pun murah...

.....akan bersambung...








Thursday, 1 November 2012

Butir Nangka

Butir Nangka Ku......


RESEPI:

Bahan-Bahan:

3 Cawan Tepung Beras Pulut
Air
Secubit garam
Pewarna

Bahan Untuk Kuah:
250 ml Santan Segera
3 Keping Gula Melaka
Garam
Daun pandan



Cara-Cara:

  1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas

  2. Masukkan bersama secubit garam.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  4. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. Tambah air ikut keperluan.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Setiap adunan dimasukkan pewarna
  6. Setelah sebati gentelkan ikut saiz yang diingini
  7. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul...
  8. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  9. Bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....


Saturday, 13 October 2012

KEK AISKRIM COKLAT





RESEPI:

Resepi kek:

Bahan A (digaul dan dipanaskan sehingga sedikit pekat)
1 cwn koko
1 cwn minyak canola@ jagung
1 cawan gula
1 cawan fresh milk/susu cair/susu kotak dutch lady
1 cawan susu pekat

Bahan B (diblend)
3 biji telur
2 sdk esen vanila

Bahan D (diayak)
3/4 cawan tepung gandum 
1sdk baking powder
1sdk soda bikarbonat

Campur bahan A, B dan C. Gaul rata. Kukus selama 1 jam...Setelah sejuk potong 2 bahagian...Atas dan bawah.

Bahan Krim:
1 cawan non-diary whipped cream (diputar hingga kental)
1 bekas aiskrim coklat (biar disuhu bilik selama 15 minit)

Satukan aiskrim dan cream..kacau sebati...

Cara:
1) Tuang bahan krim kedalam bekas..sejukkan sekejap..masukkan kek selapis...siram pula dengan krim .. bekukan sebentar..masukkan kek selapis...siram krim...bekukan semalaman





Tuesday, 18 September 2012

KEK BATIK / KEK BISKUT MERRIE

BAHAN-BAHAN:

1 Tin Susu Pekat Manis
Sebungkus Kecil Milo 200g
Sebungkus Biskut Merrie
1 Buku ButterCup
4 Biji Telur Ayam

Campur semua bahan kecuali biskut..Panaskan diatas api..kacau cepat2 sampai pekat gila..Patahpatahkan biskut dan gaul dalam bahan2 yang dipanaskan...padatkan didalam loyang....sejukkan di dalam petiaais

Saturday, 25 August 2012

Resepi Biskut Chip Coklat



Resepi yang sama seperti biskut jejari Oats..Cuma dibentuk leper, ditambahkan cip coklat, kacang, biji kuaci.....

Friday, 10 August 2012

Pembedahan Tonsil Haqeem

Hari ni Haqeem selemat menjalani pembedahan buang tonsil..alhamdulillah

Thursday, 19 July 2012

Biskut Jejari Oats





BAHAN2:
  • 1 cawan minyak canola/daisy
  • 1 cawan gula aising
  • 2 cawan oat ( di kisar )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan makan serbuk koko
  • gula icing dan susu tepung untuk salut

Cara-cara

  1. Panaskan minyak...agak2 suam jer..
  2. Masukkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh. Bentukkan doh seperti jejari kecil.
  3. Bakar pada suhu 180'C sehingga masak..sejukkan dan salut dengan susu tepung bercampur gula aising

Wednesday, 18 July 2012

Biskut Mazola

Bahan-Bahan:

1 cawan gula ising
2 cawan tepung gandum
3 cawan kacang tanah kisar
1/2 botol kecil minyak mazola
telur kuning dan kacang untuk hiasan


Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.


Saturday, 14 July 2012

Saturday, 30 June 2012

Apam Mekar


Bahan-bahan:
  •  250 gm tepung gandum
  •  230 gm gula castor
  •  2 biji telur
  •  1 cawan aiskrim soda (minuman bikarbonat)
  •  1 sudu teh esen vanila
  •  1 sudu teh ovalette
  •  sedikit pewarna kegemaran

Cara-cara:

Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang. Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli.  Setelah sebati bahagi kan kpd beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.  Masukkan dlm cup cake dan kukus selama 15 minit.  Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nantik cantik dan mekar.

Saturday, 23 June 2012

Apam Nasi


APAM NASI
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan  dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit

Wednesday, 13 June 2012

Nasi Ayam Berempah

Buka puasa hari ni dgn menu nasi ayam berempah..Alhamdulillah sedap sangat..Leh cuba lagi


NASI AYAM BEREMPAH

Bahan2 Nasi 
3 cawan beras basmathi
2" halia hiris - ditumbuk halus
5 ulas bawang putih- di tumbuk halus
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam + air rebusan ayam
garam secukup rasa
sedikit minyak + sesudu marjerin untuk menumis

Bahan untuk sup dan ayam berempah
1 ekor ayam di potong empat
2 sb serbuk rempah sup
air secukupnya menutupi ayam
garam secukup rasa
4 biji bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1"halia - ditumbuk halus
2 sb rempah kari daging
minyak untuk goreng terendam

Bahan utk sos

6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 st gula pasir
1 sm sos tomato
2 sm jus limau kasturi
sedikit air masak

Hiasan
Timun,tomato dan salad


Masukkan ayam dan air menutupi keseluruhan ayam ke dalam periuk dan masukkan rempah sup.Kemudian rebus ayam hingga mendidih. Keluarkan ayam bila sudah empuk-ketepikan. Ambil bahan2 yang sudah di tumbuk,rempah kari juga sedikit garam,gaulkan bersama ayam dan perap selama 20 min

Sementara itu cuci beras-ketepikan. Panaskan minyak+marjerin dalam periuk elektrik(atas api gas) dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan daun pandan-kacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan. Masukkan beras dan kacau rata. Alihkan periuk ke dalam ke dalam bekas letrik dan masukkan air sama banyak dengan beras dan tekan on dan tanak hingga nasi masak-akak guna semua lebihan air rebusan utk tanak nasi. Ambil ayam yang telah di perap tadi dan goreng dalam minyak panas hingga masak.