AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Showing posts with label catatan harian. Show all posts
Showing posts with label catatan harian. Show all posts

Thursday, 5 February 2015

Gambar

Assalamualaikum...saya tak dak gambar la nak letak sini.sebab saya tak dak camera.. phone canggih pun tak dak. saya cuma ada henpon chokia jer..sedihkan???ok la bye

Wednesday, 4 February 2015

2015

Assalamualaikum...cepatnya masa berlalu..pejam celik pejam celik dah masuk bulan 2. macam tak percaya je..Tahun 2015 ni rasa macam sangat kelam kelibut. ya la dah tiga orang anak saya yang bersekolah rendah..darjah 1, 2 dan 3...hehehe..apapun Ahamdulillah..yang keempat saya hantar kat sekolah PASTI.. dekat dengan tempat kerja saya..so, ada teman la saya nak menyembang dalam perjalanan ke tempat kerja...yang sorang lagi saya tinggalkan kat pengasuh. masih pengasuh yang sama. seorang nenek yang sangat baik hati...

Friday, 28 December 2012

CUCUR IKAN BILIS KEJU


Petang sikit anak-anak mula lah bising lapar tapi takmau makan nasik..Jadi sebagai mak yang perihatin aku pun bersusah payah la pikiaq apa la nak bagi budak2 ni makan..Ting!!!!!Mai dah idea..Aku buat cucur ikan bilis bercheese...Sebenarnya dalam petiaih ada seketul mozarela cheese yang dah kejung...Dah lama beli tapi taktau nak buat apa...Last2 jadi la ini...



Resepi Cucur Ikan Bilis Cheese:

Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air panas 
1 cawan parutan mozarela cheese
Segenggam ikan bilis dikisar
1/2 st soda
Sedikit garam dan perasa(tak boh pun tak pa)
Minyak untuk menggoreng

Cara: 
Satukan semua bahan kecuali minyak...Pastu kacau cepat2 dengan senduk..Panaskan minyak masak dan gorenglah sehingga kekuningan


Resepi ni versi untuk kanak2 ..Kalau nak lagi sedap tambah lah bawang, daun bawang, cabai...Sukati la


Saturday, 3 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN



Pejam celik pejam celik rupanya dah menghampiri  penghujung tahun 2012..Rasa macam baru sangat frust bila tengok result petukaran guru 2012 yang aku tak dapat tukar.Awal tahun beriya-iya aku frust tuptup dah habis dah setahun kat sini..Alhamdulillah perjalanan tahun 2012 lancar sangat...syukur sangat-sangat. 

Walaupun tahun 2013 pun takdak rezeki untuk bertukar, aku ok aja..Takdak perasaan pun sebenarnya. Ok aku nak catat kat sini pasal jamuan akhir tahun yang lepas. Hari Jumaat bertempat di Puncak Mutiara Cafe,  (PMC) di Kg. Pelet, Bukit Mertajam, Penang lah tempat kejadiannya.Foooh semangat. Jauh la pulak. Tapi nasib baik la bas disediakan pihak MGKT Smkc. Bayaran RM50 sahaja. Sehari sebelum pergi terpikir pulak nak bawak anak sulung. So, bayar la RM100.


pinjam gambar dari fb kawan



So, pada hari yang dijanjikan maka tunggulah kami di Plaza Tol Jitra(tol singgitnam). Dalam pukul 9.25 pagi  macam tu bas pun sampai. Kami naik bas no 12. Drebar& Ass.Drebar sangat tak mesra alam..Bawak pulak laaju. Kecut perut. dengar kata drebar bas no 15 laaagi hampeh...hmmm


Rupanya jauh jugak dari highway nak masuk kampung Pelet ni...memang tak cam la kalau nak drive sendiri..Yang aku ingat akan jumpa Penanti pastu jumpa jirat Cina atas bukit..Kg Pelet belah kiri. Nak masuk kedalam pun jenuh jugak dengan jalan sempit lagi.

Dalam pukul 11.20 pagi sampai la kami sini...fooh 2 jam dalam bas memang kebas la habis satu badan. Restoren ni konsep dia cacamerba...macam dalam rimba pun ada, macam mini zoo pun ya jugak sebab ada kandang kambing, ada kolam ikan, macam2 lagi la.. Maskot dia kucing gemok nama Zaza kot...Chumel putih gebu gemoks... 



Untuk sesi makan-makan keluarga, aku sangat mengesyorkan tempat ini kerana ianya sangat sesuai sekali dengan tema kekeluargaan. Terdapat banyak pondok pondok yang boleh dipilih sesuai dengan selera permandangan masing masing untuk menikmati juadah yang dipesan. Tapi jangan risau la kandang kambing ni jauh la sikit dari tempat makan. So, udara adalah tidak tercemar dengan bau-bauan yang tidak menyenangkan.

Kemudahan sini adalah lengkap.Surau bersih..Toilet bersih. Tapi ibubapa jangan pulak biar anak-anak kecil main tanpa pengawasan sebab banyak kolam disini. Menu makanan kat sini sangat banyak pilihan. Eksotik, barat, masakan kampung semua ada. Pilih saja.











Menu yang disediakan pun nak kata sedap sangat pun dak jugak.. Aku punya kambing..Tapi rasanya nasi kambing di Restoren Arabian Fried Chicken sedap lagi. Murah pun murah...

.....akan bersambung...








Friday, 10 August 2012

Pembedahan Tonsil Haqeem

Hari ni Haqeem selemat menjalani pembedahan buang tonsil..alhamdulillah