AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Friday 28 December 2012

CUCUR IKAN BILIS KEJU


Petang sikit anak-anak mula lah bising lapar tapi takmau makan nasik..Jadi sebagai mak yang perihatin aku pun bersusah payah la pikiaq apa la nak bagi budak2 ni makan..Ting!!!!!Mai dah idea..Aku buat cucur ikan bilis bercheese...Sebenarnya dalam petiaih ada seketul mozarela cheese yang dah kejung...Dah lama beli tapi taktau nak buat apa...Last2 jadi la ini...



Resepi Cucur Ikan Bilis Cheese:

Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air panas 
1 cawan parutan mozarela cheese
Segenggam ikan bilis dikisar
1/2 st soda
Sedikit garam dan perasa(tak boh pun tak pa)
Minyak untuk menggoreng

Cara: 
Satukan semua bahan kecuali minyak...Pastu kacau cepat2 dengan senduk..Panaskan minyak masak dan gorenglah sehingga kekuningan


Resepi ni versi untuk kanak2 ..Kalau nak lagi sedap tambah lah bawang, daun bawang, cabai...Sukati la


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.