AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Monday 13 April 2015

Penang Dis 2014







Umar Muizzudin Ramadhan





Umar kesayangan ummi..sangat la minat ultraman. Suka makan nasi dgn ikan goreng saja. Cakap masih pelat.. Rajin tolong ummi jugak ni.. Jadi anak soleh sayang na..

Anak Kecil ku

Assalamualaikum... Cepat betul masa berjalan dan cepat betul anakku membesar..


Budak Aaron ni dah besar. Dah setahun sebulan. Mula berjalan umur 11 bulan. Kuat sentap budak tecik ni. Berat ooo lenguh tangan mendukung dia. Suka curi masuk bilik ayaq. Lambat lepa dah basah kuyup. Kuat minum susu tapi kurang makan. Moi pun tak makan. So ummi jamu nestum ja.. Rajin menyapu. Pantang tengok penyapu...love u sayang

Cara Mendapatkan Penyata Tahunan Pinjaman Perumahan Kerajaan Untuk Cukai Pendapatan

Assalamualaikum...
Fuuuuhh panjang betul tajuk entry saya kali ni. Selesai dah tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia untuk membayar cukai. Tapi cukai untuk tahun 2014 ni ada problem sikit. So, kena pi kaunter LHDN jugak la jawabnya..sabar jer la...

Eh, sebenarnya saya ada hutang dengan lhdn ni..belum hantar lagi borang untuk 2010 & 2011..edisi tertunggak kekdahnya..tapi borang saja la. Anggaran cukai dah di bayar lama dah..Malas betul bab isi borang ni..

Asyik tertangguh urusan nak hantar borang ni sebab saya tak tau macam mana nak dapatkan penyata tahunan untuk rumah yang saya beli dari bahagian perumahan kerajaan ni..Setelah puas meng'google' baru la saya tau nak dapatkan penyata tu kat mana..huhu senang je caranya...

First sekali kena layari laman web sistem pinjaman perumahan bersepadu dulu....atau pun bahagian pinjaman perumahan dan klik kat bahagian semakan pinjaman..Okay lepas tu klik kat pendaftaran id baru dan isi maklumat yang di perlukan termasuk email dan password..Bila dah selesai boleh terus log masuk dengan masukkan no kad pengenalan dan password...tadaaaaaaa klik je kat penyata tahunan dan masukkan tahun berapa nak dapatkan penyata tahunan...yeeeeaaayy siapp!!!

Sekian, harap membantu


Thursday 5 February 2015

Gambar

Assalamualaikum...saya tak dak gambar la nak letak sini.sebab saya tak dak camera.. phone canggih pun tak dak. saya cuma ada henpon chokia jer..sedihkan???ok la bye

Wednesday 4 February 2015

2015

Assalamualaikum...cepatnya masa berlalu..pejam celik pejam celik dah masuk bulan 2. macam tak percaya je..Tahun 2015 ni rasa macam sangat kelam kelibut. ya la dah tiga orang anak saya yang bersekolah rendah..darjah 1, 2 dan 3...hehehe..apapun Ahamdulillah..yang keempat saya hantar kat sekolah PASTI.. dekat dengan tempat kerja saya..so, ada teman la saya nak menyembang dalam perjalanan ke tempat kerja...yang sorang lagi saya tinggalkan kat pengasuh. masih pengasuh yang sama. seorang nenek yang sangat baik hati...

Thursday 29 January 2015

Akhirnya...

Assalamualaikum...akhirnya saya tulis jugak dalam blog setelah lama menyepi..saya malu sebenarnya nak buka blog ni..tah apa-apa punya cerita yang saya tulis..so, saya dah delete mana yang tak berkenan...hehe..
itu je pun saya nak habaq..ok bye

Saturday 13 September 2014

BENGKANG PANDAN



BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan pekat
3/4 tin susu cair
1/2 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan air pandan
secubit garam
3 biji telur
Pewarna hijau
Segenggam bijan

CARA-CARA:

  1. Panaskan oven api atas dan bawah
  2. Griskan loyang
  3. Blend semua bahan kecuali bijan
  4. Tuang ke dalam loyang
  5. Bakar selama 20 minit
  6. Tabur bijan
  7. Bakar selama 20 minit lagi 
  8. Potong setelah kuih sejuk 

Muhammad Aaron Areeb Bin Rezduan



Hari ni genaplah umur anak bongsu saya 6 bulan.. anak manja kesayangan kakak dan abang ni..  saya lahirkan dia setelah  5 hari peristiwa kehilangan mh370..ingat lagi masa nak ditolak ke bilik bersalin sempat lagi nurse berenti tengok tv sebab ada berita pasal mh370..

Saya tak ingat pukul berapa saya lahirkan aaron sebab jam dalam labor room tak betoi...nanti saya check dalam sijil lahir aaron..pukul 5 lebih rasanya petang Khamis...

Setelah menahan sakit lebih kurang 3 jam aaron lahir tanpa sempat nak diteran.  Alhamdulillah... berat lahir  3.56kg..waktu lahir aaron telah menakutkan dan merisaukan saya kerana beliau berkulit kemerahan yang amat sangat.. risau saya bertambah lagi apabila nurse tanya saya kenapa anak saya merah..huhu manalah saya tahu...



Bila balik ke rumah pun kulit beliau masih merah.. seminggu kot baru hilang.  Alhamdulillah...

Ada satu perkara yang sangat saya kesalkan dan mampu membuatkan air mata saya menitis apabila mengenangkan 4 lagi anak ada di rumah tanpa pengawasan sesiapa.. alhamdulillah Allah telah menjaga mereka...

Kenapa saya pilih nama AARON? hehe sempena nama arwah bapa mertua.. Harun.. paling tak suka bila orang kaitkan aaron aziz si pelakon tu.. maaf  takdak kaitan..

Kek Coklat Bakar Simple

Assalamualaikum.. pada pagi ni saya nak habaq yang saya buat kek coklat lagi.. saya suka kek coklat dan saya hanya suka kek coklat saja.. saya selalu google resepi yang paling mudah dan saya dapati hampir semua resepi lebih kurang sama  jer...resepi kek yang saya dah buat semalam adalah resepi mix and match bahan apa yang ada kt dalam lemari saya sahaja...saki baki bahan kuih raya sebenarnya... hehe

Okay lah meh sini saya nak habaq resepi kek coklat simple gila... selamat mencuba

BAHAN-BAHAN:

150g tepung gandum*ayak
100g serbuk koko*ayak
1sdt soda bikarbonat*ayak
2sdt baking powder*ayak

200g minyak @butter dicairkan
200gm gula putih (boleh kurang kalau nak)
1 tin susu cair
1 cwn coffeemate*optional
4biji  telur(kacau sikit2 dgn garpu)
Esen vanila

CARA-CARA:

1. Panaskan susu, gula dan minyak hingga gula larut.. tutup api dan biarkan sejuk
2. Campurkan telur dan esen  vanila dan kacau sikit
3. Masukkan bahan ayak.. kacau again
4. Bakar 45minit guna kaedah steam  bath

*panaskan oven..griskan loyang jangan lupa na*


Wednesday 10 September 2014

KEK RED VELVET CHEESE MELELEH MUDAH BANGAT

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung superfine *ayak bersama*
2 sudu besar serbuk koko *ayak bersama*
2 sudu kecil baking powder *ayak bersama*
1 sudu kecil soda bicarbonat *ayak bersama*
1 sudu kecil garam
1 cawan susu cair (campur 2 sudu cuka dan biarkan selama 10 minit)
1 cawan gula halus
2 sdt pewarna merah
1 cawan minyak masak (jagung, canola, matahari)
3/4 cawan air panas
2 biji telur
esen vanila

CARA-CARA:
  1. Satukan gula, minyak dan juga telur.
  2. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan campuran susu cair&cuka, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak
  5. Putar perlahan hingga semua sebati
  6. Masukkan air panas dan gaul sebati
  7. Bakar 45 minit.

TOPPING

250g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan gula ising
1 sudu besar jus perahan lemon

*Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek.


*sebenarnya anak saya ni la yang nak sangat kek ni sempena bestday beliau ke-7.... saya potong 2 bahagian dan saya bagi beliau hias kek mengikut citarasa beliau... *

SAMBAL IKAN BILIS BERAPI (CABAI MELAKA)

BAHAN-BAHAN:

2 labu bawang besar *kisar
5 ulas bawang putih *kisar
3 genggam cabai melaka  *kisar
1 inci belacan *kisar
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
1/2 cawan air asam jawa
3 genggam ikan bilis digoreng garing (jika suka boleh ditumbuk kasar)
perasa (garam, gula, pati ayam@aji)

CARA-CARA:

  1. Tumis bahan kisar sehingga garing
  2. Masukkan air asam dan perasakan
  3. Last sekali masukkan ikan bilis

BENGKANG GULA MERAH

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3/4 tin susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan air gula merah
secubit garam
3 biji telur

CARA-CARA:

  1. Panaskan oven api atas dan bawah
  2. Griskan loyang
  3. Blend semua bahan 2,3 minit
  4. Tuang ke dalam loyang
  5. Bakar selama 45 minit

RESEPI KEROPOK TWISTIES HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus laksa (besar)
1 peket rempah kari daging
5 sudu besar serbuk keju (boleh dibeli di kedai bahan kek)
1 kiub pati ayam
sedikit garam
lada sulah
gula


CARA-CARA:
  1. Semua bahan (kecuali laksa) dikisar. Masukkan ke dalam bekas makanan
  2. Patah-patahkan laksa lebih kurang 1 inci
  3. Goreng laksa kering dgn minyak panas hingga garing dan toskan minyak.
  4. Tuang laksa goreng ke dalam bekas bahan kisar tadi
  5. Tutup bekas dan goncang hingga sebati.