AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Wednesday 10 September 2014

KEK RED VELVET CHEESE MELELEH MUDAH BANGAT

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung superfine *ayak bersama*
2 sudu besar serbuk koko *ayak bersama*
2 sudu kecil baking powder *ayak bersama*
1 sudu kecil soda bicarbonat *ayak bersama*
1 sudu kecil garam
1 cawan susu cair (campur 2 sudu cuka dan biarkan selama 10 minit)
1 cawan gula halus
2 sdt pewarna merah
1 cawan minyak masak (jagung, canola, matahari)
3/4 cawan air panas
2 biji telur
esen vanila

CARA-CARA:
  1. Satukan gula, minyak dan juga telur.
  2. Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan campuran susu cair&cuka, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak
  5. Putar perlahan hingga semua sebati
  6. Masukkan air panas dan gaul sebati
  7. Bakar 45 minit.

TOPPING

250g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan gula ising
1 sudu besar jus perahan lemon

*Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek.


*sebenarnya anak saya ni la yang nak sangat kek ni sempena bestday beliau ke-7.... saya potong 2 bahagian dan saya bagi beliau hias kek mengikut citarasa beliau... *

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.