AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Wednesday 13 June 2012

Nasi Ayam Berempah

Buka puasa hari ni dgn menu nasi ayam berempah..Alhamdulillah sedap sangat..Leh cuba lagi


NASI AYAM BEREMPAH

Bahan2 Nasi 
3 cawan beras basmathi
2" halia hiris - ditumbuk halus
5 ulas bawang putih- di tumbuk halus
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam + air rebusan ayam
garam secukup rasa
sedikit minyak + sesudu marjerin untuk menumis

Bahan untuk sup dan ayam berempah
1 ekor ayam di potong empat
2 sb serbuk rempah sup
air secukupnya menutupi ayam
garam secukup rasa
4 biji bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1"halia - ditumbuk halus
2 sb rempah kari daging
minyak untuk goreng terendam

Bahan utk sos

6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 st gula pasir
1 sm sos tomato
2 sm jus limau kasturi
sedikit air masak

Hiasan
Timun,tomato dan salad


Masukkan ayam dan air menutupi keseluruhan ayam ke dalam periuk dan masukkan rempah sup.Kemudian rebus ayam hingga mendidih. Keluarkan ayam bila sudah empuk-ketepikan. Ambil bahan2 yang sudah di tumbuk,rempah kari juga sedikit garam,gaulkan bersama ayam dan perap selama 20 min

Sementara itu cuci beras-ketepikan. Panaskan minyak+marjerin dalam periuk elektrik(atas api gas) dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan daun pandan-kacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan. Masukkan beras dan kacau rata. Alihkan periuk ke dalam ke dalam bekas letrik dan masukkan air sama banyak dengan beras dan tekan on dan tanak hingga nasi masak-akak guna semua lebihan air rebusan utk tanak nasi. Ambil ayam yang telah di perap tadi dan goreng dalam minyak panas hingga masak.


2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.