AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Saturday, 13 October 2012

KEK AISKRIM COKLAT





RESEPI:

Resepi kek:

Bahan A (digaul dan dipanaskan sehingga sedikit pekat)
1 cwn koko
1 cwn minyak canola@ jagung
1 cawan gula
1 cawan fresh milk/susu cair/susu kotak dutch lady
1 cawan susu pekat

Bahan B (diblend)
3 biji telur
2 sdk esen vanila

Bahan D (diayak)
3/4 cawan tepung gandum 
1sdk baking powder
1sdk soda bikarbonat

Campur bahan A, B dan C. Gaul rata. Kukus selama 1 jam...Setelah sejuk potong 2 bahagian...Atas dan bawah.

Bahan Krim:
1 cawan non-diary whipped cream (diputar hingga kental)
1 bekas aiskrim coklat (biar disuhu bilik selama 15 minit)

Satukan aiskrim dan cream..kacau sebati...

Cara:
1) Tuang bahan krim kedalam bekas..sejukkan sekejap..masukkan kek selapis...siram pula dengan krim .. bekukan sebentar..masukkan kek selapis...siram krim...bekukan semalaman





Tuesday, 18 September 2012

KEK BATIK / KEK BISKUT MERRIE

BAHAN-BAHAN:

1 Tin Susu Pekat Manis
Sebungkus Kecil Milo 200g
Sebungkus Biskut Merrie
1 Buku ButterCup
4 Biji Telur Ayam

Campur semua bahan kecuali biskut..Panaskan diatas api..kacau cepat2 sampai pekat gila..Patahpatahkan biskut dan gaul dalam bahan2 yang dipanaskan...padatkan didalam loyang....sejukkan di dalam petiaais

Saturday, 25 August 2012

Resepi Biskut Chip Coklat



Resepi yang sama seperti biskut jejari Oats..Cuma dibentuk leper, ditambahkan cip coklat, kacang, biji kuaci.....

Friday, 10 August 2012

Pembedahan Tonsil Haqeem

Hari ni Haqeem selemat menjalani pembedahan buang tonsil..alhamdulillah

Thursday, 19 July 2012

Biskut Jejari Oats





BAHAN2:
  • 1 cawan minyak canola/daisy
  • 1 cawan gula aising
  • 2 cawan oat ( di kisar )
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan makan serbuk koko
  • gula icing dan susu tepung untuk salut

Cara-cara

  1. Panaskan minyak...agak2 suam jer..
  2. Masukkan semua bahan dan uli hingga menjadi doh. Bentukkan doh seperti jejari kecil.
  3. Bakar pada suhu 180'C sehingga masak..sejukkan dan salut dengan susu tepung bercampur gula aising

Wednesday, 18 July 2012

Biskut Mazola

Bahan-Bahan:

1 cawan gula ising
2 cawan tepung gandum
3 cawan kacang tanah kisar
1/2 botol kecil minyak mazola
telur kuning dan kacang untuk hiasan


Cara-cara:

  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.


Saturday, 14 July 2012

Saturday, 30 June 2012

Apam Mekar


Bahan-bahan:
  •  250 gm tepung gandum
  •  230 gm gula castor
  •  2 biji telur
  •  1 cawan aiskrim soda (minuman bikarbonat)
  •  1 sudu teh esen vanila
  •  1 sudu teh ovalette
  •  sedikit pewarna kegemaran

Cara-cara:

Pukul telur, gula, esen vanila dan ovallete hingga kembang. Masukkan tepung dan aiskrim soda secara berselang-seli.  Setelah sebati bahagi kan kpd beberapa mangkuk dan warnakan mengikut citarasa.  Masukkan dlm cup cake dan kukus selama 15 minit.  Pastikan kukus telah betul2 panas dan airnya telah mendidih barulah dikukus supaya apamnyer nantik cantik dan mekar.

Saturday, 23 June 2012

Apam Nasi


APAM NASI
  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 packet mauripan@ibu roti
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

  1. masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
  2. gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
  3. kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
  4. campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
  5. biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
  6. selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan  dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit

Wednesday, 13 June 2012

Nasi Ayam Berempah

Buka puasa hari ni dgn menu nasi ayam berempah..Alhamdulillah sedap sangat..Leh cuba lagi


NASI AYAM BEREMPAH

Bahan2 Nasi 
3 cawan beras basmathi
2" halia hiris - ditumbuk halus
5 ulas bawang putih- di tumbuk halus
2 helai daun pandan
1 kiub pati ayam + air rebusan ayam
garam secukup rasa
sedikit minyak + sesudu marjerin untuk menumis

Bahan untuk sup dan ayam berempah
1 ekor ayam di potong empat
2 sb serbuk rempah sup
air secukupnya menutupi ayam
garam secukup rasa
4 biji bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1"halia - ditumbuk halus
2 sb rempah kari daging
minyak untuk goreng terendam

Bahan utk sos

6 biji cili merah
5 ulas bawang putih
1 st gula pasir
1 sm sos tomato
2 sm jus limau kasturi
sedikit air masak

Hiasan
Timun,tomato dan salad


Masukkan ayam dan air menutupi keseluruhan ayam ke dalam periuk dan masukkan rempah sup.Kemudian rebus ayam hingga mendidih. Keluarkan ayam bila sudah empuk-ketepikan. Ambil bahan2 yang sudah di tumbuk,rempah kari juga sedikit garam,gaulkan bersama ayam dan perap selama 20 min

Sementara itu cuci beras-ketepikan. Panaskan minyak+marjerin dalam periuk elektrik(atas api gas) dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan daun pandan-kacau rata dan tambahkan sedikit air rebusan. Masukkan beras dan kacau rata. Alihkan periuk ke dalam ke dalam bekas letrik dan masukkan air sama banyak dengan beras dan tekan on dan tanak hingga nasi masak-akak guna semua lebihan air rebusan utk tanak nasi. Ambil ayam yang telah di perap tadi dan goreng dalam minyak panas hingga masak.


Monday, 28 May 2012

Birthday Kakak Hiqmah

Alhamdulillah hari ni genap la 6 tahun anak dara aku yang sulung ni.Actually dia dah sambut besday dia kat sekolah 24/5 lepas...iya-iya dia ingat besday dia hari tu..Dia mintak aku belikan kek gaun barbie..hehehe maaf la kakak oi..sebijik kek tu ummi tengok paling murah pun kat kedai kek rani  rm120..tak mampu ummi nak oi..dia cakap kawan dia kat tadika ada bawak kek barbie tu..budak tu takpa la sebab bapak dia tokey kedai kek..huhu..Aku belikan kek gambar barbie je..pastu bawak jajan kat kwn2..dia cakap dia happyyyyy sangat plus malu bila semua kawan2 dengan cikgu nyanyi lagu besday kat dia...huahuahua

hari ni aku sibuk..sibuk usung anak teruna ke hospital..mula2 ke HJ...pastu doktor suruh ke HSB pulak..pukul 8 keluar rumah, pukul 2 baru balik..penat..umar jer tak bawak..hantar taska..harap abi nak tolong, sorry la...

balik spital, singgah kedai kek Zam kat Taman Mahsuri (depan restoren Mahani Johari)...beli kek kecik jer..jadilah..tupun ummi yang kena habiskan..tapi kek ni memang sedap...depa nak tiup lilin jer..Mula2 kakak nak hadiah bestday dia set mekap...whattt???yes set mekap..aku iyakan aja..tup2 sampai kat tesco dia nak set anak patung ciplak barbie tue...Selamat duit ummi...dia pilih yg paling murah RM19.90 kot..tapi yang tak selamatnya Che Aya pun kena beli jugak..dah beli kat kakak ngan Che Aya, Haqeem pun menyibuk nak hadiah jugak..last dia beli robot,,seploh ringgit..tapi dia buat muka tak puas hati...dia nak kereta kontrol...alolooooo...nanti na birthday aqeem pulak na..

Kakak ni seorang budak yang sangat baik, suka tolong ummi, pandai jaga adik, dan bijak sangat..tapi kakak la selalu kena marah dengan ummi...kakak redha ja bila kena marah...kakak selalu kata kalau ummi marah kakak maknanya ummi saaayang kakak...hehe ya la tu..kakak dilahirkan di Hospital Yan..pada pukul 2pm..kakak hindung mancung, rambut kerinting masa kecik2...sebab anak2 orang asli selalu lalu belakang ummi kot masa ummi ngajar gerik dulu..hehe..lepas abis pantang kakak, ummi tinggalkan kakak kat toknah di Kampung banggol lalang...merananya ummi toksah dok cakap la bila ummi balik gerik..Petang jumaat lepas ummi habis sekolah (6.30pm) ummi akan drive balik guar chempedak...pagi2 sabtu ummi bawak kakak kita pi jitra jumpa abi dengan maktok(arwah)..hari isnin ummi hantar balik kakak ke rumah toknah..pastu ummi balik gerik semula..perit sangat waktu tu tapi bila dikenang balik itulah kehidupan...kakak selalu suruh ummi cerita zaman immi kecik...banyak ummi nak kongsi dengan kakak kenangan2 ummi tapi ummi pun tercari2 balik kenangan tu..ummi tak jumpa...(emosi)

Kakak, ummi harap kakak menjadi contoh yang baik kepada adik2 kakak dan menjadi anak yang solehah...Sayang kakak

Sunday, 27 May 2012

Cheese Cake Nestum

Sebenarnya, budak kecik yang sakit tekak nak makan mende ni..nasib baik mudah...so, buat je bagi dia makan sampai muntah..ngehngeh..muntah sunggoh...ambik hang

Resepi dan cara2nya:

  1. Nestum sepeket kecil gaul bersama mentega yang dipanaskan
  2. Masukkan kedalam loyang..padat2kan
  3. 250g cream cheese(aku suka Tatura sebab murah) dipukul
  4. Masukkan setengah tin susu pekat, jus lemon(limau kasturi pon boleh)....kacau lagi
  5. Masukkan 3 sd agar2 serbuk ke dalam secawan air panas...kacau cepat2...tuang dalam adunan cheese..kacau dan tuangkan pula ke atas nestum..sejukkan 5 jam

Ni ciskek yang bawahnya layer cake pandan


Friday, 25 May 2012

Biskut Makmur


Resepi

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
1 tin sederhana minyak sapi

Bahan Inti:
300 gm serbuk kacang tanah digaul dengan susu pekat

Cara menyediakan:

1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Ambil doh dan leperkan.
3. Masukkan inti
5. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 25 minit.
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.

Aku buat tak jadi..rasa pahit..maybe minyak sapi kot..aku beli yg murah punya..gula icing pun pahit semacam..tapi habis jugak anak2 makan.

p/s : imej from google...

Wednesday, 23 May 2012

kek Marble



Senang dan simple..tapi tak elok kalau dimakan selalu..sekali sekala boleh la..sebab kek ni dibuat dari minyak masak..tapi aku guna minyak canola....konon2 minyak tepu dia kurang sikit la dari minyak kelapa sawit..

BAHAN2 :
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan gula 
  • 2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 camca teh baking powder.
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara:
  1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan minyak masak.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2
  5. Satu adunan dimasukkan serbuk koko.
  6. Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.
  7. Bakar pada suhu 150 darjah selama 40-45 minit.