AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Wednesday 23 May 2012

kek Marble



Senang dan simple..tapi tak elok kalau dimakan selalu..sekali sekala boleh la..sebab kek ni dibuat dari minyak masak..tapi aku guna minyak canola....konon2 minyak tepu dia kurang sikit la dari minyak kelapa sawit..

BAHAN2 :
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan gula 
  • 2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 camca teh baking powder.
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara:
  1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan minyak masak.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2
  5. Satu adunan dimasukkan serbuk koko.
  6. Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.
  7. Bakar pada suhu 150 darjah selama 40-45 minit.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.