AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Friday 18 May 2012

Chocolate moist cake

Penat sangat hari ni..macam2 pesen anak aku la ni..Mana dengan rumah pun tungging langgang..mengepel aku serumah sampai sakit pinggang..Last2 lunch pukul 3pm.itupun lauk sup ayam dengan ikan keli goreng saja..lepas kenyang makan nasi terasa nak makan benda2 manis pulak..kebetulan ustazahrock ni post entry pasal kek choc lembab kukus ni..so, aku guna resepi ni la...tapi aku kan suka memandaimandai..aku pi tokok tambah macam aku pro...hahaha last2 kek dah comel lote dah, rasanya masyaallah pahit berdengung..ikut resepi serbuk koko satu cawan..aku hentam satu plastik..tak sukat2 pun...lalalalala aku pun apa lagi putar la whipped cream feveret aku.terpaksa letak la nak cover rasa pahit...so,belah tengah cake tu pastu letak whipped cream mauri..tanpa ragu2 aku letak semula la bahagian atas....apa jadi???haa sama macam kes ustazahrock...krim jadi cair meleleh keluar..patutnya aku kena masukkan dalam peti dulu bagi beku sikit....takpa la lepas ni aku buat lagi....

Resepi kek:

Bahan a (digaul dan dipanaskan sehingga sedikit pekat)

1 cwn koko
1 cwn minyak (aku guna minyak canola)
1 cawan gula
1 cawan fresh milk

Bahan b(diblend)
3 biji telur
2 sdk esen vanila

Bahan c (diayak)
3/4 cawan tepung gandum (aku guna tepung kek)
1sdk baking powder
1 sdk baking powder

setelah bahan a agak sejuk, masukkan bahan b dan c...kacau rata..masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak...kukus selama 35 minit

dari kamera henpon.langsung tak berseni kek aku ni

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.