AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Saturday 19 May 2012

Kek Gula Hangus


Kek Coklat yang semalam pun belum habis lagi...hari ni merajinkan diri buat kek gula hangus pulak...Ntahla mai mana mood mengekek ni mai...laju jer pi kedai beli bahan...aku cilok resepi dari cikpuan sudipkayu...Bahan2 dan cara buat kek ni simple giler...

Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. 
  2. Masukkan air & kacau hingga cair. 
  3. Masukkan mentega.Sejukkan.
    Pukul 4 biji telur sehingga kembang
  4. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
    Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. 
  5. Masukkan gula hangus dan kacau rata. 
  6. Perap adunan selama 3-4 jam
  7. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.