Assalamualaikum...
Fuuuuhh panjang betul tajuk entry saya kali ni. Selesai dah tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia untuk membayar cukai. Tapi cukai untuk tahun 2014 ni ada problem sikit. So, kena pi kaunter LHDN jugak la jawabnya..sabar jer la...
Eh, sebenarnya saya ada hutang dengan lhdn ni..belum hantar lagi borang untuk 2010 & 2011..edisi tertunggak kekdahnya..tapi borang saja la. Anggaran cukai dah di bayar lama dah..Malas betul bab isi borang ni..
Asyik tertangguh urusan nak hantar borang ni sebab saya tak tau macam mana nak dapatkan penyata tahunan untuk rumah yang saya beli dari bahagian perumahan kerajaan ni..Setelah puas meng'google' baru la saya tau nak dapatkan penyata tu kat mana..huhu senang je caranya...
First sekali kena layari laman web sistem pinjaman perumahan bersepadu dulu....atau pun bahagian pinjaman perumahan dan klik kat bahagian semakan pinjaman..Okay lepas tu klik kat pendaftaran id baru dan isi maklumat yang di perlukan termasuk email dan password..Bila dah selesai boleh terus log masuk dengan masukkan no kad pengenalan dan password...tadaaaaaaa klik je kat penyata tahunan dan masukkan tahun berapa nak dapatkan penyata tahunan...yeeeeaaayy siapp!!!
Sekian, harap membantu
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.