AWAS :

BLOG INI ADALAH SEKADAR DIARI SAYA SAHAJA....


Monday, 28 May 2012

Birthday Kakak Hiqmah

Alhamdulillah hari ni genap la 6 tahun anak dara aku yang sulung ni.Actually dia dah sambut besday dia kat sekolah 24/5 lepas...iya-iya dia ingat besday dia hari tu..Dia mintak aku belikan kek gaun barbie..hehehe maaf la kakak oi..sebijik kek tu ummi tengok paling murah pun kat kedai kek rani  rm120..tak mampu ummi nak oi..dia cakap kawan dia kat tadika ada bawak kek barbie tu..budak tu takpa la sebab bapak dia tokey kedai kek..huhu..Aku belikan kek gambar barbie je..pastu bawak jajan kat kwn2..dia cakap dia happyyyyy sangat plus malu bila semua kawan2 dengan cikgu nyanyi lagu besday kat dia...huahuahua

hari ni aku sibuk..sibuk usung anak teruna ke hospital..mula2 ke HJ...pastu doktor suruh ke HSB pulak..pukul 8 keluar rumah, pukul 2 baru balik..penat..umar jer tak bawak..hantar taska..harap abi nak tolong, sorry la...

balik spital, singgah kedai kek Zam kat Taman Mahsuri (depan restoren Mahani Johari)...beli kek kecik jer..jadilah..tupun ummi yang kena habiskan..tapi kek ni memang sedap...depa nak tiup lilin jer..Mula2 kakak nak hadiah bestday dia set mekap...whattt???yes set mekap..aku iyakan aja..tup2 sampai kat tesco dia nak set anak patung ciplak barbie tue...Selamat duit ummi...dia pilih yg paling murah RM19.90 kot..tapi yang tak selamatnya Che Aya pun kena beli jugak..dah beli kat kakak ngan Che Aya, Haqeem pun menyibuk nak hadiah jugak..last dia beli robot,,seploh ringgit..tapi dia buat muka tak puas hati...dia nak kereta kontrol...alolooooo...nanti na birthday aqeem pulak na..

Kakak ni seorang budak yang sangat baik, suka tolong ummi, pandai jaga adik, dan bijak sangat..tapi kakak la selalu kena marah dengan ummi...kakak redha ja bila kena marah...kakak selalu kata kalau ummi marah kakak maknanya ummi saaayang kakak...hehe ya la tu..kakak dilahirkan di Hospital Yan..pada pukul 2pm..kakak hindung mancung, rambut kerinting masa kecik2...sebab anak2 orang asli selalu lalu belakang ummi kot masa ummi ngajar gerik dulu..hehe..lepas abis pantang kakak, ummi tinggalkan kakak kat toknah di Kampung banggol lalang...merananya ummi toksah dok cakap la bila ummi balik gerik..Petang jumaat lepas ummi habis sekolah (6.30pm) ummi akan drive balik guar chempedak...pagi2 sabtu ummi bawak kakak kita pi jitra jumpa abi dengan maktok(arwah)..hari isnin ummi hantar balik kakak ke rumah toknah..pastu ummi balik gerik semula..perit sangat waktu tu tapi bila dikenang balik itulah kehidupan...kakak selalu suruh ummi cerita zaman immi kecik...banyak ummi nak kongsi dengan kakak kenangan2 ummi tapi ummi pun tercari2 balik kenangan tu..ummi tak jumpa...(emosi)

Kakak, ummi harap kakak menjadi contoh yang baik kepada adik2 kakak dan menjadi anak yang solehah...Sayang kakak

Sunday, 27 May 2012

Cheese Cake Nestum

Sebenarnya, budak kecik yang sakit tekak nak makan mende ni..nasib baik mudah...so, buat je bagi dia makan sampai muntah..ngehngeh..muntah sunggoh...ambik hang

Resepi dan cara2nya:

  1. Nestum sepeket kecil gaul bersama mentega yang dipanaskan
  2. Masukkan kedalam loyang..padat2kan
  3. 250g cream cheese(aku suka Tatura sebab murah) dipukul
  4. Masukkan setengah tin susu pekat, jus lemon(limau kasturi pon boleh)....kacau lagi
  5. Masukkan 3 sd agar2 serbuk ke dalam secawan air panas...kacau cepat2...tuang dalam adunan cheese..kacau dan tuangkan pula ke atas nestum..sejukkan 5 jam

Ni ciskek yang bawahnya layer cake pandan


Friday, 25 May 2012

Biskut Makmur


Resepi

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
80 gm gula halus
1 tin sederhana minyak sapi

Bahan Inti:
300 gm serbuk kacang tanah digaul dengan susu pekat

Cara menyediakan:

1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
2. Ambil doh dan leperkan.
3. Masukkan inti
5. Bakar dalam suhu 180C selama 20 - 25 minit.
6. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.

Aku buat tak jadi..rasa pahit..maybe minyak sapi kot..aku beli yg murah punya..gula icing pun pahit semacam..tapi habis jugak anak2 makan.

p/s : imej from google...

Wednesday, 23 May 2012

kek Marble



Senang dan simple..tapi tak elok kalau dimakan selalu..sekali sekala boleh la..sebab kek ni dibuat dari minyak masak..tapi aku guna minyak canola....konon2 minyak tepu dia kurang sikit la dari minyak kelapa sawit..

BAHAN2 :
  • 5 biji telur
  • 1/2 cawan gula 
  • 2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 camca teh baking powder.
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara:
  1. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  3. Masukkan minyak masak.
  4. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 2
  5. Satu adunan dimasukkan serbuk koko.
  6. Tuang setiap adunan secara berselang-seli dalam bentuk lingkaran hingga habis.
  7. Bakar pada suhu 150 darjah selama 40-45 minit.



Saturday, 19 May 2012

Kek Gula Hangus


Kek Coklat yang semalam pun belum habis lagi...hari ni merajinkan diri buat kek gula hangus pulak...Ntahla mai mana mood mengekek ni mai...laju jer pi kedai beli bahan...aku cilok resepi dari cikpuan sudipkayu...Bahan2 dan cara buat kek ni simple giler...

Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. 
  2. Masukkan air & kacau hingga cair. 
  3. Masukkan mentega.Sejukkan.
    Pukul 4 biji telur sehingga kembang
  4. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
    Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. 
  5. Masukkan gula hangus dan kacau rata. 
  6. Perap adunan selama 3-4 jam
  7. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam

Kek Batik

Bahan2:

20 keping biskut Marie
1/2 cawan mentega
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan milo
2 sudu serbuk koko 
3 sudu kcg tumbuk (kisar halus)
1/4 cawan mixed fruit

Cara2:
  1. Pecahkan biskut marie kpd 4 bahagian..Ketepikan.
  2. Masak mentega,gula & susu pekat hingga cair
  3. Masukkan milo & serbuk koko.
  4. Masukkan kcg tumbuk,mixed fruit & biskut marie..Gaulkan..
  5. Masukkan dlm loyang yg sudah digris dgn mentega. 
  6. Tekan dgn menggunakan senduk yg dah disalut plastik.sejukkan..
UNTUK RUJUKAN AKU...sumber dari sudipkayu

Friday, 18 May 2012

Chocolate moist cake

Penat sangat hari ni..macam2 pesen anak aku la ni..Mana dengan rumah pun tungging langgang..mengepel aku serumah sampai sakit pinggang..Last2 lunch pukul 3pm.itupun lauk sup ayam dengan ikan keli goreng saja..lepas kenyang makan nasi terasa nak makan benda2 manis pulak..kebetulan ustazahrock ni post entry pasal kek choc lembab kukus ni..so, aku guna resepi ni la...tapi aku kan suka memandaimandai..aku pi tokok tambah macam aku pro...hahaha last2 kek dah comel lote dah, rasanya masyaallah pahit berdengung..ikut resepi serbuk koko satu cawan..aku hentam satu plastik..tak sukat2 pun...lalalalala aku pun apa lagi putar la whipped cream feveret aku.terpaksa letak la nak cover rasa pahit...so,belah tengah cake tu pastu letak whipped cream mauri..tanpa ragu2 aku letak semula la bahagian atas....apa jadi???haa sama macam kes ustazahrock...krim jadi cair meleleh keluar..patutnya aku kena masukkan dalam peti dulu bagi beku sikit....takpa la lepas ni aku buat lagi....

Resepi kek:

Bahan a (digaul dan dipanaskan sehingga sedikit pekat)

1 cwn koko
1 cwn minyak (aku guna minyak canola)
1 cawan gula
1 cawan fresh milk

Bahan b(diblend)
3 biji telur
2 sdk esen vanila

Bahan c (diayak)
3/4 cawan tepung gandum (aku guna tepung kek)
1sdk baking powder
1 sdk baking powder

setelah bahan a agak sejuk, masukkan bahan b dan c...kacau rata..masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak...kukus selama 35 minit

dari kamera henpon.langsung tak berseni kek aku ni

Thursday, 17 May 2012

PUDING aka BENGKANG ROTI


Resepi:
  1. Sapu bekas dgn mentega
  2. Masukkan roti yang dicarikkan (aku guna roti susu/manis...harga rm2.50 kat yawata)
  3. Masukkan susu ideal..Biarkan...
  4. Blend 3 biji telur, gula 3 sudu, butter 1 sudu, esen vanila, whippe cream secawan.
  5. Tuang dlm bekas roti..campur choc chip...tabur kacang

Saturday, 12 May 2012

Pokok ANti kanser



Pokok pecah beling ni pokok herba yang mempunya khasiat yang tinggi. Untuk merawat penyakit batu karang dengan cara merebus daunnya hingga mendidih dan airnya diminum. selain dari batu karang, dapat mengecilkan cell cancer, daun pecah beling diblend dengan apple hijau lalu diminum campuran itu...Pokok ni hidup subur jer kat laman aku

Wednesday, 9 May 2012

Kisah anak lelaki

Ini dua worang budak nakal giler...adoi la ummi tak larat jampi dah kat hampa dua..Pasai ada pusat kat kepala lebih dari satu kot..si abang lagi la ada tiga pusat kat kepala...Haqeem ni nakal kat rumah ja. kat sekolah baik..kena buli jer..balik rumah terus balas dendam balik kt adik beradik dia...haqeem malas bangun pagi..Hari2 reyau..mandi berejam..Haqeem ni dilahirkan di grik..
Si Umar saaaaaaaaaangat mannja..anak bongsu kan..mestilah manja...hari ni semua anak masih demam..seminggu lebih dah demam....Itu aja...
                                                             Si pelukis tegar